You are here: Pengasas

Pengasas | Tahfiz Ibnu Hajar

E-mail Print PDF

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dengan izinNya juga akhirnya laman sesawang (websites) rasmi bagi Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Ibnu Hajar (www.tahfizibnuhajar.com) dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat walaupun sesetengah maklumat masih di dalam tempoh selenggaraan. Saya ingin mengupas serba sedikit berkaitan pusat pengajian ini secara 'terperinci' dan jelas bagi tatapan umum. Ianya ditubuhkan pada tahun 2010 di Kampung Serting Tengah, Negeri Sembilan.

Pusat ini dikelolakan oleh Ustaz Ramli bin Abu Bakar Al-Hafiz dan dibantu oleh isterinya Hajah Ramlah binti Saman. Selain itu, ianya turut melibatkan beberapa individu yang lain seperti berikut :-

  • Ustaz Abdul Mutalib - Setiausaha
  • Ustaz Jefri bin Yusuf - Bendahari
    Ahli Jawatan Kuasa (AJK)
  • Husin Bin Yatim
  • Maheran Binti Abdullah
  • Zulkifle Bin Limat
  • Omar Bin Che Hat

Pusat pengajian ini mula menerima kemasukan para pelajar pada awal Januari 2011. Ianya terdiri daripada 10 pelajar yang menghuni di sini bersama tiga (3) orang tenaga pengajar dan seorang (1) tukang masak dan pembantu tukang masak.

Pusat pengajian ini
baru menyiapkan Fasa 1 dan dirasmikan pada 28 Mac 2011 oleh YAB Datuk Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Perkembangan dan pembangunan masa depan bagi Fasa 2 masih lagi di dalam tempoh pembinaan seperti bangunan dua (2) tingkat (60 ft x 160 ft) persegi yang merangkumi dewan kuliah, bilik asrama, bilik guru, dewan makan, ruang bacaan dan lain-lain. Pusat pengajian ini masih memerlukan dana sebanyak RM 2.5 juta bagi menyempurnakan dan merealisasikan penubuhan pusat pengajian ini. Pihak kami sangat mengalu-alukan para dermawan yang ingin turut menyumbang saham di dalam projek ini.


BIODATA


Nama : Ustaz Ramli Bin Abu Bakar Al-Hafiz

Jawatan / Pengalaman :
- Pengetua Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Ibnu Hajar
- Guru Takmir Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
- Pendakwah bebas
- Memberi kuliah di masjid- masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta sekitar negeri Johor, 
Pahang, Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan

Pekerjaan : Pensyarah

Buku Kegemaran : Al-Hikam